Assalamualaikum semua sahabat..
Tertarik dengan tips istimah yang Amy baca dari satu group telegram ni..bagi Amy sangat bermanfaat kerana bukan mudah untuk istiqamah..tapi tak mustahil dengan semangat dan doa, yakin dengan apa yang kita kerjakan, In shaa Allah..Allah akan bantu...
Mula-mula, jadikan perkara itu sebagai rutin, macam kita makan nasi putih.
Kita dah sebati dengan nasi. bila lapar je cari nasi. Bila tak makan nasi kita rasa pelik semacam.
Even kita dah makan mee, atau bakso, atau ape2 jelah. Tapi lama-kelamaan kita pasti merindukan nasi sebab kita dah 'terbiasa'..itu maksudnya jadikan ia sebagai makanan rutin.
Begitu juga dengan istiqamah.
Lama-kelamaan kita akan rasa pelik.
Contohnya tiap masa jaga solat, tapi tiba-tiba hari ni tak solat kita akan rasa 'bersalah' dan lain semacam.
So tips istiqamah, paksa perkara itu sebagai rutin dan kebiasaan kita.
Mungkin kita boleh ubah sikit demi sedikit, bukan secara drastik atau paksaan tapi hati tidak ikhlas.
Tapi biarlah buat secara perlahan tapi hati redha dan Istiqamah. Consistent.
Marilah, jangan segan, jangan takut, jangan malu.
Memang akan ada yang akan menyampah dengan kita..biarkan..mulut dia..hati dia..
Yang penting, buat demi Allah, bukan kerana manusia.
" Sesungguhnya amalan yg paling dicintai Allah ialah amalan yang sedikit tetapi berterusan
( Istiqamah ) "
Hadis Riwayat Bukhari
Semoga ISTIQAMAH milik kita..
Semoga HIJRAH milik kita
No comments:
Post a Comment