My Beautiful Dream..: 2011

29 Jul 2011

Nak bagi hadiah apa ni??

Esok birthday Ady...nak bagi hadiah apa yer..ni 1st time birthday kitaorg semenjak dah jadi husband & wife, jadi aku nak bagi something yang special sikit..lagipun esok cukup 3 bulan usia perkahwinan kami..hmmm, sush jugk kan nak bagi hadiah kat orang laki ni, kalau girls senang je..

Jadi aku pun minta tolong dengan Mr. Google, dapatla sikit idea but aku rasa semua tu Ady dah ada(ye la, hantaran aku kat dia hari tu)...tu yang pening ni...

Adakah aku nak bagi ini...?




mahal sangat..



 PS3..?? Ady tak minat main2 game ni...

Aku nak bagi hadiah yang buat Ady fikir, hanya dia yang paling 'special'...cewahhh...lagipun untuk menghargai pengorbanan dia sebagai seorang suami, tak salah kan..tak semestinya kita perlukan hadiah yang mahal. Cukup dengan hadiah yang mampu membuat suami kita merasa dirinya diingati..

Bagi je la apa-apa kan..lagipun tak cukup masa dah..

Fening...fening....

~Hari boring yang indah..~

Assalamualaikum....

Hai semua..I'm back..

Huaarrgghhh...menguap ni...mengantuk..dahla hujan pagi tadi masa nak pergi keje..malas je nak bangun..rasa macam nak cuti tapi rugi plak, sebab hari ni hari Jumaat..masa rehat kan lama..jadi aku gagahkan jugak..

Sekarang dah jarang update blog..seminggu ada la 2-3 kali..kalau aku update pun, aku just tukar background..macam hari ni, aku baru je tukar background baru..hahaha..seronok tengok dah bertukar..
ni pun sebab tengah boring n tak de keje..hmm...kalau hari-hari macam ni mau aku jadi gila kejap..



Memang boring kalau tak de keje..rasa masa lambat je berlalu..ni maknanya aku kene cari something yang boleh menghilangkan boring aku ni..tapi apa??

Tapi bukan hari-hari aku macam ni, kalau dah busy tu sampai tahap tak hengat..ni pun kitaorg baru setel dengan audit, kalau tak, memang blog aku ni dah bersawang, berdebu sebab x jenguk..

Ok la..nak cari keje jap...tak boleh la macam ni..duduk je, sambil menghadap PC ni..nak juling dah..

Taataaa.....

27 Jul 2011

kucing aku mati :(

Sedih nya bila semua kucing aku mati..bayangkan la...dalam masa sebulan ni(tak sampai sebulan kot) kucing aku 4 ekor tu semua mati..mula-mula si Abu..then si Mia, 2 ekor ni kucing kampung, hubby aku kutip, si Abu kat tepi jalan ..si Mia pulak orang tinggalkan kat depan rumah..masa ambik diorang kecik lagi..lepas si Abu mati ingatkan dia memang sakit, then selang 2-3 hari si Mia pun tunjukkan simptom yang sama..muntah2, tak aktif, tak makan..tak sempat pun nak hantar pergi klini..

Come n Ame ni kitaorg beli, 2 ekor ni kucing persian..aku n hubby memang lama nak beli kucing persian, lepas si Mia, Come plak yang tunjuk simpton..simptom dia sama je..demam, tak aktif..n yang last Ame...cara mati pun sama jugk..aku sedih sebab semua mati berturut-turut...paling dekat jarak come dengan Ame..hari isnin(25.07.2011) Come mati, esoknya Ame mati..

Aku x tau kenapa...sebelum nya sihat je..terlompat sana sini..nak kata silap makan, tak jugak sebab diaorang dah makan makanan tu lama dah..yang aku pelik, kalau mereka sakit kenapa mesti mati seekor demi seekor..kenapa tak mati sekali je..tapi aku redha je, apa boleh buat...tapi sedih gilerrr...:(

Rumah pun dah sunyi, tak dengar dah bunyi loceng masa diaorang lari..selalu time aku balik keje, diaorang mesti tunggu depan pintu, tapi sekarang takde dah..walau apa pun aku redha..mungkin tu yang terbaik buat mereka dari tanggung sakit macam tu...



 everytime aku tengok pic ni, aku mesti senyum sebab come duduk macam katak..hehehe..
rindu kau come....:(


RINDU ABU, MIA, COME & AME...!!
RINDU KORANG SEMUA....!!!

14 Jul 2011

~Mutiara Kata...

"Barangsiapa yang menjadi susah pada petang hari kerana kerjanya,  maka terampunlah dosanya."
(Hadis riwayat Tabrani)

Aku tertarik dengan ayat di atas...mengajak kita semua berfikir akan kebenarannya..kita selalu komplain terhadap beban pekerjaan yang diberikan kepada kita, padahal tanpa kita sedari hal tersebut akan menambah berat bagi kita dalam menyelesaikannya..

Aku pun selalu merungut, mengeluh kalau banyak kerja kat ofis..

Sama2 la kita berusaha untuk sentiasa ikhlas dan jujur dalam setiap pekerjaan yang kita buat..

Tak salah kan berubah demi kebaikan...^_^

~Hobi baru...~

Ni la hobi baru aku...baca novel..tak tau la bila agaknya aku mula minat baca novel ni, tapi tiba2 tergerk pergi beli..siap hubby tnya lagi, 'knp tiba2 nak baca novel ni??'..aku jawap "saje..time boring2, nak bagi mata ngantuk..boleh baca..'..

lama jugk la hubby tunggu sementara aku pilih novel mana yang aku nak beli..belek punya belek..aku decide beli novel ni...



Ni aku bagi sikit sinopsis yerr...

 “Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?

Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.


Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.


Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.


Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.


Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?

Bagi aku jalan cerita novel ni best sangat...mula2 ingat macam boring, tapi lama2 layan jugak laa...***** for this novel....(^_^ )






~Penatnya Audit...

Assalamualaikum...

hmm..lama tak jenguk blog aku ni..dah berdebu, bersawang dah..kecian blog aku, aku rasa mau 3 mnggu tak update apa2..jenguk pun x..2 mnggu lepas sibuk prepare dokumen untuk audit..2 mnggu yang memenatkan....smpai hari sabtu pun datang keje..rasa tension jee..fail lama2 kene cek balik, betul ke tak..lengkap ke tak semua dokumen, sambil ngantuk2...tapi terpaksa la setelkan..nak hilangkan rasa ngantuk ni, aku gagahkan jugk upadate bkog aku ni..tapi alhamdulilah..sekarang dah kurang sikit keje..audit pun tgh cek dokumen, cuma kadang2 je diaorang panggil kalau nak fail..

Inilah dugaan untuk yang bekerja..bila kat ofis ada banyak keje yang harus disetelkan..bagi yang dah bekeluarga,  tanggungjawap kat rumah lagi..ni lah dugaan hidup..semoga Allah memberikan kita kekuatan..dan ketabahan..Aminn...

Buat renungan semua..


1 Jul 2011

~26 tahun sudah~

 
Assalamualaikum semua...

Hari ni dah 1 Julai 2011. Cepat betul masa berlalu..semalam, 30 Jun, ertinya I'm 26 years old officially ok! Hmm...rasa macam muda lagi..hehehe...

Semakin kita bertambah usia, makin banyak perubahan yang kita alami, cth dari segi sikap, perangai..kalau dulu mcm budak2 sekarang dah dewasa..dulu tak pandai mekap2, sekarang dah pandai bergaya..semua tu perubahan jugk kn..cuma kalau nk berubah, biar la dari tak elok kepada yang elok kn..macam aku, kalau dulu aku jenis yang cepat ambik hati, tak pun mudah merajuk..tapi alhamdulilah...sekarang ok sikit..(sikit la..)

Dengan usia sekarang, aku rasa dah boleh pegang gelaran 'wanita'..dulu aku x blh imagine pun, asyik nak pegang title remaja jer..masa kita remaja dulu , kita tak pernah fikir pun, tentang masa depan n pasal tanggungjawap..sekarang aku dah kawin n perlu fikir pasal keluarga n masa depan..

Aku jenis sempoi je, tak perlu nak ambik cuti semata-mata nak mengenang hari itu adalah hari jadi aku..cuma tahun ni berlainan sikit sebab 1st year with hubby..1st year sambut birthday sebagai seorang isteri..hubby wish birthday..n present???rahsia ok...hehehe..tapi bagi aku itu sudah cukup bermakna..aku doakan segala2 nya dipermudahkan..AMINNN...

Semalam ada majlis hari jadi n majlis perpisahan kak zila, kak zila last day semalam..sebelum tu ada buat bacaan Yasin , bos aku cakap nak 'jinakkan kawan2 ' kitaorg kat ofis ni..hehehe..macam seram  je kan..aku malas nak komen banyak2..aku sorang je tinggal kat belakang ni..seram siott...enjoy the pics yerr...

Kepada kawan2 yang wish, terima kasih banyak2..

May Allah Bless you ALL>>>

 cik shikin & cik EE berposing dgn hadiah ...



ni la jamuan kitaorg hari tu..walaupun majlis yang simple but very bermakna..










 antara cupcakes yang dipilh oleh birthday gurls..

upacara penyampaian hadiah..







 cik shikin & cik EE berposing dgn hadiah ...



ni la jamuan kitaorg hari tu..walaupun majlis yang simple but very bermakna..


comel kan??sayang sgt nak makan..


posing t'baik dari kami...happy dpt cupcake sorang satu..



 ni semua tgh kelaparan tahap gaban..tapi lapar2 sempat jugk posing..




me with my cupcake






29 Jun 2011

~Tazkirah di pagi hari~

Assalamualaikum semua...dan selamat pagi..

Awl2 pagi aku dah mengupdate blog setelah 2 hari ni  menyepi..tadi aku ingat nk kemaskini blog je n tukar backgroung baru..n terjumpa background ni..cute sangat..sebenarnya aku x berapa like oren color tapi disebabkan header dia ada butterfly, tu yang aku suka..

Hmmm..cukup dah aku membebel, aku nak share satu artikel yang cukup menarik..bagi aku, this is very nice info..jom baca sama2...





 






22 Soalan yang mengagumkan..

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika.Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening,sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, 

"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.""

Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!""Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,"siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. - Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. 


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah:

"Asyhadu An lah Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah".
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

23 Jun 2011

.:Muhasabah Diri:.


Hmmm... kembali mengupdate blog hari ni..walaupun aku takde idea nk tulis apa.. hari ni hari boring sedunia...tgh2 aku dok termenung..aku berfikir sejenak... sambil2 tu bermuhasabah diri... aku tengah mengira detik aku dilahirkan ke dunia ni...6 hari je lagi..hampir 26 tahun aku bernafas di dunia ni..Masih terlalu banyak perkara yang belum aku laksanakan..dan yang paling penting sudah cukupkah amalan ku di dunia ni..??Moga Allah sentiasa berikan ku petunjuk dan ketabahan untuk menuntut ilmu -Nya sebanyak mungkin..


Cepatnya aku dewasa..tak sedar2 dah jadi isteri orang..rasa macam x puas jadi kanak-kanak rebina..
Hidup ini penuh dengan pancaroba. Kadang-kadang kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Itu semua sudah menjadi asam garam kehidupan...

Alhamdulillah... setakat ni aku bersyukur dgn apa yg ada..Walaupun kdg2 terasa ada lagi kekurangan....ada je benda yang x puas hati.. Tapi ada ke manusia yg puas dgn apa yg mereka ada?? Mesti kta sentiasa mengharapkan yg terbaik kan...kadang2 sifat tu yang buat kita jadi tamak..jadi bersyukur la selalu yer...(^_^)


Moga segala yang dirancang dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t....AMIN....







~Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang 
buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.~


 








21 Jun 2011

.:Musibah itu jalan kebahagiaan:.

Haiii semuaaa....bersua kembali.... hehehe hari ni aku sempat layan jap info kat i.luv.islam~ best la laman web ni, banyak info kita boleh dapat..semakin lama hati aku terus terpaut kat laman web ni..... ceewaaaahhh.....godek punya godek aku terjumpa satu artikel ni.....aku rasa tertarik nak berkongsi artikel ni dengan korang semua...
jom kita hayati sama2..~


Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.
Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:

"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar, membaca selalu innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".

Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:

"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".

Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).

Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.


20 Jun 2011

Weekend @ Sepang..

Ni nak cerita pasal weekend, pagi2 pukul 6.30 dah bangun..bukan apa, hubby kata gerak awal nak elakkan jem..padahal dia yang semangat nak tengok GT Japan..ni pun hubby yg beria ajak..last2 pkl 8 baru gerak dari Sg. Buloh..breakfast jap kat mamak baru gerak...

Dalam pkl 9 pagi kitaorang sampai, betul la cakap hubby gerak awl kurang jem, parking pun senang cari..sampai awl pun kene tunggu member2 hubby sampai..

sampai je aku terus bergambar..


model2 kereta...knp model kereta mesti seksi2..

aku dan hubby 





antara kereta2 yang kitaorg sempat ambik gambar..













ni kereta idaman i n hubby...



ni pic masa kat grandstand...


 dalam pkl 11.30 aku dgn hubby balik..penat la, lagipun panas..kitaorg balik, org lain baru sampai, tapi jalan nak ke parking jem gila..

masa otw nk ke kl plak hujan renyai2, nasib baik awk balik..













My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign