My Beautiful Dream..: .:Saya tak pandai memasak:.

13 Jun 2011

.:Saya tak pandai memasak:.

 




Memasak memang bukan kepakaran atau kesukaaan aku...kalau time aku balik kampung..yang jadi tukang masak nya adalah kakak ipar n mak aku..aku just tukang potong2 sayur..potong bawang..tak pun tukang buat air..

Aku kagum dengan mak mertua aku, dia bukan saja pakar tapi sangat obses memasak..ni nanti balik raya tahun ni, boleh la aku menimba ilmu memasak dari dia..padanla awl2 kawen hari tu aku pernah tanya hubby apa makanan kegemarannya, dia jawap masakan mak..n awl2 lagi dia cakap dia memang tak suka makan kat kedai..sekali-sekala tu boleh la..

Bukan apa, memasak ni penting.. tidak pakar atau tidak suka memasak bukan lagi alasan untuk aku tidak memasak kerana sekarang aku perlu memasak. Perlu kerana ekonomi dan kerana tuntutan hidup sebagai isteri..aku berusaha belajar dari semua sumber yang ada. Keluarga,kenalan,buku dan internet. Orang yang tidak pakar dan tidak suka memasak tapi perlu memasak macam aku ni memang perlu berusaha untuk mencuba dan terus mencuba. Aku bertuah sebab hubby jenis yang tidak cerewet makan. Apa saja yang aku masak insya-Allah akan habis di makan walau apa juga rasanya.

Aku yang masih belajar memasak, akan terus berusaha, bukan soal sedap semata tetapi yang lebih penting soal kebersihan, kesihatan dan yang paling penting keberkatan setiap air tangan isteri yang mengalir bersama dengan keikhlasan memberi rasa dan nilai yang berbeza..

No comments:

Post a Comment

My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign