Marah hanya mendatangkan kerisauan bagi diri sendiri dan kekesalan bagi orang lain |
Setiap orang akan marah..kita bukan manusia yang sempurna untuk tidak mungkin memarahi sesiapa..Allah telah kurniakan kita otak untuk berfikir supaya kita boleh mengurangkan kemarahan dan belajar menanganinya..
Pengurusan kemarahan adalah satu teknik mengurangkan emosi marah dan reaksi fisiologi yang timbul apabila kita marah. Cuba kita alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti yang kita gemari atau apa saja aktiviti yang mampu membuatkan kemarahan kita hilang. Tujuannya untuk mengelak kita daripada melakukan perkara yang negatif dan merosakkan orang lain.Namun begitu, cara ini dikatakan kurang sesuai untik diri sendiri .Ini kerana kita memendam kemarahan yang boleh mengakibatkan tekanan perasaan, tekanan darah dan kemurungan.
Pendekatan keagamaan boleh dilakukan untuk memupuk diri agar menjadi lebih penyabar. Rapatkan diri anda dengan Tuhan seperti berzikir, membaca Al-Quran dan membuat amal kebaikan yang lain. Bertenanglah kerana cara ini boleh menjadi benteng untuk mengelakkan diri dipengaruhi oleh perasaan marah dan mencegah tindak-tanduk yang boleh merosakkan diri akibat emosi tidak terkawal.
TIP PENGURUSAN KEMARAHAN
- Menggunakan pendekatan simpati kepada individu yang menyebabkan kemarahan anda.
- Penggunaan pendekatan diversi iaitu satu pendekatan mengalihkan tumpuan anda pada sesuatu perkara ketika anda sedang marah sehingga emosi anda kembali kepada keadaan terkawal.
- Intervensi kognitif boleh dilakukan dengan menganggap sesuatu peristiwa yang bolen mengundang kemarahan itu seperti sesuatu perkara yang tidak penting dalam kehidupan kita, malah tidak menjejaskan langsung.
- Luahkan segala kemarahan yang terbuku di hati kita di aras kertas. Luahkan semahunya sehingga kita berasa lapang dan tenang.
- Ekspresikan kemarahan dengan cara yang penuh berhemah. Hormatilah hak individu yang terlibat. Jika anda tidak mampu mengawal diri ketika bersemuka dengan individu yang agresif, elak daripada bersemuka dengannya buat sementara waktu.
No comments:
Post a Comment