Haaiiii.....I'm Back....
Hari nie aku t'lintas nk cerita pasal kisah rumahtangga seorang kawan aku ni, biasala member kn,mestilah kita dgr masalah dia.bkn nak masuk campur, cuma kalau ada yang kita boleh tolong, kita tolong la.. . Dia tak kisah untuk berkongsi ceritanya dengan you all semua…boleh jugak dijadikan pedoman dan pengajaran kepada semua isteri2 kat luar tu supaya tidak t'buru-buru membuat keputusan...termasuklah aku...:-) Okeyla, citer dia bermula macam nie…
Diaorang ni dah lama kawen , semenjak dari zaman sekolah lagi..Dah lama kawan tu,tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Bajet pun dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Kawan aku ni cerita,mula2 kahwin tu ok, dah lama2 sikit masing2 dah tunjuk perangai.. Hal kecik pun boleh gaduh..padahal mereka dua dah lama kenal tapi masih belum kenal perangai masing2. Benarlah kata orang alam percintaan dan perkahwinan berlainan..
Kawan aku nie amat sensitive dan emosional orangnya, biasala anak perempuan bongsu… manakala si laki dia ni pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Elok la tu, seorang sensitif, seorang pendiam. Kawan aku ni pun membuat satu tanggapan bahawa laki dia ni jenis orang yang tak de perasaan. Sebabnya..si laki dia ni tak pandai nak pujuk bila kawan aku ni merajuk.Begitula al-kisahnya... Yang kawan aku ni pun satu, sebenarnya yang dia merajuk tu saje je untuk dapatkan perhatian laki dia. Biasala perempuan.. Boleh dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka berdua. Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut jer…:-)
Actually, kawan aku ni sayang sangat kat laki dia.. Satu haru tu, kawan aku ni pun masak la kari ayam sebab laki dia minat makan kari ayam..dah masak dia pun panggil la laki dia. untuk makan sama..tengah2 makan dia baru teringat yang dia terlupa nak letak garam. Kawan aku ni serba salah nak bagi tau sebab takut laki dia marah. Tapi laki dia buat dek jer, cakap apa pun x..Jadi nak dijadikan cerita, kawan aku ni pun tanya la, "Sedap x bang?
Suami dia menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…
(Agak2 laki korang macam mana??)
Kawan aku ni pun terharu. Tak sangka laki dia jawap sedap padahal dia sendiri pun boleh rasa yang kari ayam tu tawar..So, lepas kejadian itu, kawan aku ni sedar, yang pergaduhan dan perselisihan faham selama ni berpunca dari diri dia sendiri yang bersikap mementingkan diri. Dia selalu merengek atau komplen kalau ada benda yang tak kene atau tak betul..Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam setiap hubungan.
Dan the most important thing, perangai laki kawan aku tu sebijik sama macam perangai laki aku, then apa yang aku dapat belajar dari story kawan aku ni ialah untuk menerima diri pasangan kita seadanya. Walaupun kadang2 laki aku pun x pandai nak pujuk tapi lepas dia tengok aku dah reda sikit, dia akan akan cakap elok2, biasanya dia akan ajak aku jalan2 atau shoping..lebih kurang nak pujuk la tu...aku merajuk pun tak lama, boleh je x merajuk tapi tak bolehla, mesti nak merajuk jugak..hehehe..biasala orang perempuan kan. Mula2 tu sush jugak nak biasakan diri dengan perangai dia macam tu, lama2 aku dah boleh biasakan diri dan aku sedar aku pun banyak kekurangan. Dan aku paling terharu dengan laki aku tu, dia tak pernah lagi membebel pasal aku yang mudah merajuk ke, tak reti masak ke, atau benda lain..
Belum lagi la, x tau la akan datang..harap2 biarlah berkekalan macam tu...
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2..dalam situasi ni, suami atau isteri perlu menerima hak pasangan untuk menjadi diri dia yang sebenar dan tak perlu menjadi orang lain semata-mata nak puaskan hati si suami atau isteri. Sebenarnya sikap laki yang tak banyak bersuara tu sebenarnya ada kebaikannya tersendiri..tambah2 lagi kalau dapat isteri yang mudah merajuk macam aku.Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang dan amat sayangkan isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya...
No comments:
Post a Comment