My Beautiful Dream..: Tips untuk pasangan yang baru berkahwin.

18 May 2011

Tips untuk pasangan yang baru berkahwin.

Aku saja nk kongsi info yang aku rasa b'guna kepada sape2 yang baru kawen ni...(t'masukla i sndiri...)
aku t'tarik dgn info ni..jadi aku pun t'niat nk kongsi dgn korang...kata orang sharing is caring...


Antara Kesilapan Pasangan Yang Baru Berkahwin...

Kesilapan 1 : Tidak Menguruskan Hutang Dgn Betul..

Banyak perkara yang perlu diambil kira terutama yang berkaitan kewangan lebih2 lagi tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.
Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.


Kesilapan 2:    Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Ehem...ehem...dgr tuu....

Kesilapan 3:    Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : 
  • Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik
  • Puji la dengan ikhlas apabila pasangan meminta pendapat anda tentang penampilannya.Jangan nampak sangat anda menipu atau puji sekadar nak sedapkan hati.
Yang penting, terima diri pasangan seadanya...NOBODY IS PERFECT...

Kesilapan 4:    Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya – anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses...

InsyaAllah...kalau dh rezeki kita x kn ke mana.yg pnting sabar dan byk b'doa...

No comments:

Post a Comment

My Beautiful Dream Copyright © 2016. Design by MaiGraphicDesign